Kadang-kadang tu macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Dengan menggunakan bahan-bahan utama seperti yogurt dan minuman tenaga Redbull, anda boleh menghasilkan umpan yang berpotensi untuk mendaratkan ikan seperti patin dan lain-lain lagi.

Jom tengok bagaimana cara menyediakan umpan ini.

 

Bahan-bahan keperluan:

Yogurt segar 370gm

1 tin Redbull

Pes strawberi Original

1 pek NS Power strawberi

IKLAN

Yis segera

 

Cara penyediaan umpan:

 

Step 1

IKLAN

Campurkan 1 pek yogurt, setengah atau 3/4 tin Redbull, 5 penutup pes strawberi, 1 pek NS power stawberi dan suku pek yis segera ke dalam bekas pengisar.

Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga larut dan sebati.

 

Step 2

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (umpan) ke dalam bekas atau botol kedap udara separas 3/4 penuh sahaja. Umpan ini akan menapai dan menghasilkan gas.

IKLAN

Biarkan (peram) umpan ini selama sekurang-kurangnya satu malam sebelum ia digunakan.

 

Cara menggunakannya:

Umpan ini sesuai digunakan dengan roti dadu dan juga palet (dedak biji). Tuangkan umpan secukupnya sahaja ke atas roti dadu di dalam bekas bancuhan dan pastikan setiap roti dadu sebati dengan umpan.

Sebaiknya perap seketika sebelum umpan ini dijadikan umpan untuk memancing patin atau lain-lain spesies yang ada di dalam kolam.