Sebelum sertai mana trip trekking mencari kelah atau sebarau di hutan sungai pergunungan, serba sedikit ilmu tentang lebah perlu korang pelajari supaya tidak bertembung atau menjadi punca tarikan lebah-lebah tersebut.

 

Elakkan dari memakai wangi-wangian, seperti bedak talkum, minyak wangi, sabun mandi, shampu rambut dan minyak rambut wangi, ini kerana bau-bauan ini akan menarik minat lebah kerana ia akan menganggap bauan yang anda pakai adalah bauan bunga.

 

Elakkan daripada menjalani aktiviti perkhemahan anda sekitar bulan Mei hingga Julai, ini kerana pada bulan itu berlaku musim bunga di beberapa kawasan hutan di Malaysia. Lebah amat aktif pada musim bunga, dan mereka boleh bertindak dengan agresif.

 

 

Jangan berkhemah dekat dengan sarang lebah. Ini kerana semasa berkhemah, sudah pasti kita akan membuat unggun api dan bimbang lebah akan menganggap kita sebagai ancaman sekiranya kita kerap kali melalui bahagian sarangnya atau mungkin juga kita dianggap beruang madu yang merupakan musuh utama lebah.

 

IKLAN

Elak membunuh lebah-lebah yang hinggap di kawasan perkhemahan anda, kerana lebah yang dibunuh akan mengeluarkan sejenis sebatian berbau yang akan dijadikan penjejak kepada kawanan lebah. Jika ini berlaku, anda mungkin akan diserang.

 

Cara Mengesan Kediaman Lebah

 

Terdapat banyak tumbuhan berbunga. Cara paling selamat, jangan masuk hutan time ni.

 

IKLAN

Bunyi-bunyi dengungan lebah terbang.

 

Berbau wangi, bau madu. Kalau ada bau macam ni jangan takut nak menegur supaya rakan lain juga menyedarinya.

 

 

IKLAN

Pokok-pokok tinggi yang mempunyai dahan yang besar dan keras. Contoh pokok tualang.

 

Terdapat kawanan kecil lebah berterbangan.

 

Kehadiran sarang yang aktif.

 

Lereng-lereng bukit yang curam dan tinggi.

 

Puncak bukit.