Sementeh Fight Club? Pastinya sesiapa sahaja akan bertanya balas walaupun sudah mendengarnya dengan jelas. Setidak-tidaknya akan bertanya kategori kelab yang kedengarannya seperti sebuah kelab tinju. Yang pastinya Sementeh Fight Club bukanlah kelab tinju atau apa-apa kelab seumpamanya, sebaliknya adalah nama sebuah kolam memancing ikan air tawar yang terletak di Kampung Sementeh, Lanchang Pahang. Dan pemilik Sementeh Fight Club Mohd Rosaidi Ghani (36) ada cerita tersendiri kenapa beliau mengguna pakai nama tersebut.

”Fight Club ini sebenarnya sempena satu permainan maya yang saya minat. Saya tak ada idea nak letak nama kolam dan teringat game itu saja…” ujar Rosaidi sambil ketawa kecil. Begitu juga dengan cerita di sebalik penubuhan kolam pancing Sementeh Fight Club.

pemilik Sementeh Fight Club

“Saya sebenarnya bukanlah seorang kaki pancing tegar. Jadi kaki pancing pun bila dah buat kolam. Tanah seluas hampir lima ekar ini saya beli kira empat tahun lepas. Saya main beli saja tanah paya ni. Langsung tak terfikir pun nak buat kolam.”

IKLAN

“Memandangkan tanah ni tak sesuai untuk pertanian, dengan mesin (excavator) yang ada saya ratakan tanah ni. Ketika itulah baru dapat idea untuk buat kolam. Sebab itulah saya kata kolam ini dibuat dengan tak sengaja,” ujar Rosaidi lagi.

Berketepatan dengan nama juga kolam Sementeh Fight Club hanya menganjurkan pertandingan memancing atau game sahaja. Atau lebih tepat lagi ia tidak beroperasi untuk pancingan harian. Sementara game yang dilangsungkan cuma dua atau kali sahaja seminggu. Ia berikutan Rosaidi menyedari tahap ekonomi penduduk setempat yang kurang memberangsangkan untuk perbelanjaan memancing setiap hari.

IKLAN

Kolam Sementeh Fight Club yang mula beroperasi secara rasmi pada Mei yang lalu. Kolam yang tidak dibentuk khusus berkeluasan dua setengah ekar itu mampu menampung sehingga 200 pemancing pada satu masa. Kolam yang luas dan selesa ini berkedalaman antara tujuh hingga lapan kaki menempatkan kira-kira enam tan ikan yang terdiri dari spesies patin, pacu, tongsan sisik halus dan rohu. Patin yang merupakan spesies terbanyak dari saiz satu hingga sebelas kilogram. Sebagaimana kebanyakan kolam pancing terkini, kolam Sementeh Fight Club juga mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas.

IKLAN

Infomasi Peraturan Kolam

  • – Penggunaan perambut mata kail dibenarkan tidak lebih dari 4.
  • – Penggunaan batu ladung adalah diwajibkan namun saiznya adalah bebas.
  • – Hanya umpan pallet (dedak biji) sahaja yang dibenarkan.
  • – Game ranking papan lazimnya diadakan pada hari Ahad dari jam 3 hingga 7 petang dan game pecah jackpot pada hari Selasa jam 9 malam hingga 1 pagi.