Sebelum menjadi viral khususnya di media sosial, perkataan buntat ini sebenarnya terlebih dahulu malah sudah lama diviralkan dalam dunia memancing.

Namun buntat yang dibicarakan dalam dunia pancing bukanlah nama watak atau karakter, sebaliknya ia lebih menjurus kepada `kesaktian’.

Lazimnya ia dikaitkan dengan seseorang pemancing yang penganyir atau tidak gagal mendapatkan hasil ketika memancing seperti memiliki geliga sakti atau sesuatu yang mendatangkan tuah.

 

Apex bersama rakan sekerjaya

 

Begitu jugalah ceritanya dengan tekong tersohor dalam arena jigging perlahan, Shariman Nazri (36) yang lebih dikenali sebagai Apex Kecik.

Namun ia bukanlah memberi maksud Shariman memiliki buntat atau mempercayainya.

IKLAN

Sebaliknya diri beliau sendiri dianggap sebagai buntat kepada pemancing-pemancing yang menggunakan khidmat beliau berikutan trip memancingnya sering berakhir dengan hasil pancingan yang memberangsangkan.

 

Buntat sebenar Shariman adalah keperibadiannya sendiri. Bersikap ramah, adil kepada semua pelanggan, tidak kedekut ilmu, rajin mencari lubuk berpotensi dan menawarkan kos perkhidmatan yang sepadan banyak membantu beliau membantu beliau menjadi tekong yang ditagih perkhidmatannya pada setiap hari.

 

Bersama pelanggan sebelum turun memancing

 

IKLAN

Berlatarbelakangkan keluarga nelayan yang mana ayahnya juga merupakan seorang tekong popular yang masih aktif, Shariman menjadikan kerjaya sebagai tekong sepenuh masa pada 2008 setelah sembilan tahun bertugas di pelantar minyak.

Pilihan beliau menjadi tekong jigging tepat pada masanya apabila teknik slow pitch jigging mula berfenomena pada akhir 2014, permintaan untuk perkhidmatan beliau sebagai tekong umpama goreng pisang panas.

Sehingga kini hanya hari Jumaat sahaja beliau tidak turun ke laut. Malah jadual tempahan trip untuk bulan-bulan mendatang sudah penuh.

 

IKLAN

“Kalau dulu hari Jumaat pun saya turun. Tapi selepas beberapa kali mengalami perkara mistik, saya dah jadi serik. Cukuplah 26 hari sebulan,” ujar Shariman ketika menceritakan pengalaman pelik ketika turun memancing pada hari Jumaat.

Shariman masih teringat bagaimana dua set pancingnya jatuh ke laut dengan cara sukar untuk diterima akal.

Dan beliau tidak akan lupa peristiwa ditemukan dengan makhluk yang menyerupai ikan layaran hitam yang teramat besar mengelilingi botnya

 

bersama pelanggan dan hasil memancing

 

Info tekong

 

  • Nama: Shariman Apex
  • Bot: 25 kaki
  • Enjin: 90 cc
  • Jeti: Pantai Teluk Kemang
  • Servis Pakej: RM 650
  • Teknik: Slow jigging dan light jigging
  • Pengalaman: 9 tahun
  • Rekod tangkapan: Jerung 70 kg