Mengikat mata kail atau swivel dengan menggunakan perambut berdiameter besar banyak mendatangkan masalah kepada pemancing. Ramai yang gagal mengikatnya dengan kuat dan tidak terlucut dengan mudah.

Pitzen knot sebenarnya adalah satu ikatan yang kukuh ini amat sesuai untuk mengikat mata kail bercincin atau swivel menggunakan fluorocarbon atau nylon yang tebal.

 

Step 1

Boleh gunakan tali sulam atau tangsi untuk ikatan ini.

 

Step 2

Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.

 

Step 3

Lalukan hujung tali di bawah tali utama.

IKLAN

 

Step 4

Buatkan lingkaran dengan menindan hujung tali ke atas tali utama.

 

Step 5

Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.

IKLAN

 

Step 6

Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.

 

Step 7

Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.

IKLAN

 

Step 8

Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.

 

Step 9

Tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.

 

Step 10

Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.